Saturday, November 17, 2007

Minda untuk "Blogging"

Adakah minda kita telah cukup bersedia untuk "blogging" ?

Perkara pertama yang perlu ditentukan ialah keadaan emosi kita. Kesan perubahan emosi terlalu hebat ; ia menyebabkan bahan kimia dikeluarkan dalam otak kita.Pengalaman kita sendiri apabila berada dalam marah atau dalam keadaan berdukacita,  terlalu sukar untuk kita berfikir tentang sesuatu perkara.

Dari sudut minda, ada beberapa prinsip yang boleh kita pertimbangkan apabila berdepan dengan perubahan emosi ini :-
  • Kaitkan dengan perkara yang lepas -  Adakah kita berjaya    mengatasinya?.Bagaimana kita boleh membuatnya dengan lebih berkesan lagi

  • Beritahu dengan orang yang rapat dengan kita & dipercayai-hadapinya dengan jujur

  • Dapatkan bantuan bersama dalam mencari jalan penyelesaian

  • Sediakan jalan penyelesain alternatif yang jelas

  • Wujudkan "Budaya saling membantu"

  • Meminimumkan ketidakpastian

  • Apabila kita telah buat keputusan untuk berubah segerkannya !


  • Perkara Kedua ialah peranan makanan yang diambil.Cuba kita renung sejenak terhadap makanan yang diambil atau adakah kita melakukan senaman atau kerap berehat ?


    "Litar otak" berjalan lancar mungkin jika kita mengambil makanan yang kurang lemak, kurang gula, kurang garam, kurang minum kopi? atau mungkin kita mengambil lebih buah-buahan segar ,pelbagaikan sayuran atau pun mengambil makanan tambahan seperti vitamin


    Tapi yang pasti jika kita makan terlalu "berat", sistem penghadaman akan mengambilalih peranan menyalurkan pengaliran darah beroksigen yang sepatutunya digunakan untuk "pump" ke otak kita !


    Minda kita juga memerlukan masa rehat yang secukupnya .Ia membantu memproses data yang diserap pada waktu siang.Pernahkah anda mendapat sesuatu idea secara spontan ,yang boleh dimuatkan dalam blog anda ? Ada di kalangan kita mendapat ilham ketika sedang mandi


    Berlari dan berjalan adalah contoh sejenis aktiviti berkala yang mana dapat menyalurkan kretiviti kita. Asasnya Tubuh badan yang sihat membantu mencipta minda yang sihat

    No comments: