Jika kita lihat apa yang dimiliki oleh "blogger",secara kasarnya mereka memakai baju, seluar dan kasut
BAJU
Nama pena biasa digunakan .Ada segelintir sahaja menggunakan nama sebenar.Nama ini hanya sebagai perujuk peribadi yang membekalkan maklumat sesuatu laman blog. Gaya maklumat yang dibekalkan oleh seorang "blogger" banyak bergantung pada objektif kewujudan blog , pengetahuan / pengalaman dan citarasa sendiri.
SELUAR
Jika dilihat blog yang menumpu ke arah hiburan, mungkin kandungannya diselaraskan dengan audio atau video yang merangkumi seluruh aspek hiburan.Berlainan pula dengan "blogger" sosiopolitik ,jika zip seluar terbuka atau sengaja didedahkan ,kandungannya kadangkala disalah tafsirkan sebagai kontroversi.
KASUT
Pembaca blog pula sangat disarankan agar dapat berkongsi idea dgn "blogger" serta pembaca lain.Komen biasanya diwujudkan untuk tujuan ini.Ia dapat menyerikan lagi suasana laman bog berkenaan.Pautan, halaman "blogger" lain, iklan, video/audio adalah sebahagian daripada "rumah terbuka" yang boleh dikunjungi oleh pembaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment