- Mampukah menjana pendapatan ?
Sudah pasti ! Sesuatu topik yang dibincangkan merangkumi hampir keseluruhan aspek yang diperkatakan.Sebagai contoh tajuk di atas sahaja memerlukan penerangan / maklumat terperinci tentang topik-topik antara lain seperti berikut:-
- Kerjaya dan Pekerjaan sebagai seorang "blogger"
- Sifat Keusahawaan
- Motivasi Kendiri
- Pembangunan Personal
- Disiplin Sendiri
- Pengurusan Masa
- "Blogging Software & Hardware" dan banyak lagi..
2. Adakah Kebanyakan Orang boleh melakukannya ?
Jangan terkejut !-Kebanyakkan orang tidak dapat melakukannya kerana mereka ini terlalu serius untuk menjana pendapatan melalui blog malangnya tidak serius untuk memberi / mengguna maklumat lain yang berkaitan.
Ia memerlukan kebijaksanaan untuk menyalurkan pengetahuan yang ada dengan "Blogging Software & Hardware".Bagaimana sesutu topik memberi nilai kepada pembaca, menarik "traffic" ke blog disamping memaparkan iklan yang bermakna... sbgnya
3.Pelbagaikan Kaedah Menjanakan Pendapatan
Jika kita perhatikan blog mereka yang berjaya, sumber pendapatan datang daripada beberapa sumber .Dalam satu blog ada beberapa sumber seperti:-
- Iklan "Google-Adsense"
- "Text Link Ad"
- "Affilate Programs"
- "Pay Per Click Ad"
- Iklan yang dijual pada Pengiklan Individu
- Derma Ikhlas !
4.Blog dan Halaman Web adalah seiring
Dengan Anjung ( Home Page) sesuatu Halaman Web, boleh dimuatkan beberapa pautan berkaitan blog, artikle, ..sbgnya
5. Menjana Trafik Ke Blog
"Lagi ramai pengunjung, lebih banyak iklan diklik" lebih banyak yang dijana dari sumber tadi.Secara tidak langsung,menolong orang lain kerana ramai yang inginkan pautan blog yang banyak tafik
Fakta Yang biasa digunakan untuk menjana trafik adalah:-
- Membantu pembaca-Anggap pembaca sebagai rakan kongsi yang membantu anda memperbaiki nilai kandungan blog.Bukan sebagai pesaing.Dalam persaingan jika anda baik, saya akan lebih baik daripada anda, jika anda tidak mengerti , saya lah orang yang perlu anda cari,jika anda bayar saya, anda akan berjaya..sbgnya
- Nilai kandungan blog-Kesannya kepada pembaca samada dari segi kepekaan sesutu perkara yang dibincang, mengubah pemikiran / tindakan yang bakal diambil
- Kandungan yang tepat-Secara kasarnya adalah kualiti kandungan yang terbaik mampu dilakukan
- Yang boleh diingati tanpa sempadan masa -Kisah Hang Tuah & Hang Jebat masih diingati kerana ada unsur setia kawan, keperwiraan..sbgnya
- Bersifat "Kemanusiaan"-Sebagai contoh Blog mengenai Teknologi terkini dalam Komputer,perkara pertama perlu ditekankan tentang kegunaan / masalah yang bakal dihadapi oleh pengguna selepas itu baru diterangkan tentang teknologi